Sunday, February 13, 2022

+ve COVID 19

Assalamualaikum..
+ve covid19.. 

Pada mulanya hanya kena selsema.. memang biasa la kena selsema ni bila berlaku perubahan cuaca.. selsema pun hinggap.. tapi yg tak best nya ia meleleh membasahi mask!!! Semasa di surau menunggu waktu solat Jumaat abah terpaksa buka mask kerana rasa tak selesa.. soksek soksek sepanjang masa.. sejak hari tu abah tak ke surau sampai hari ni.. 

Petang tu mulai demam kuat.. sakit satu badan.. tekak pun rasa tak selesa.. telan 2 biji paracitamol... telan pagi malam demam balik telan malam esoknya demam balik.. ehh tak boleh jadi ni.. petang nya ke klinik jumpa doktor.. Salleh tak suspek apa2 lagi.. doktor bagi antibiotk 3 kali makan dan ubat demam.. 

Abis ubat abis antibiotik demam tak berubah.. cari pulak panadol.. badan makin sakit... nak tidu susah sakit belakang.. tilam rasa keras.. terpaksa lapik tilam nipis atas tilam baru boleh tidu.. sejuk lain macam..

Esoknya along datang bawa kami utk ujian covid di klinik swasta.. along dapat satu klinik di Taman connougth yg boleh drive thru. tak pwrlu appointment  merasa la hidung di cocok hehe.. seram sejuk di buat nya.. ( tak ambik video pulak) Mak pun ambik ujian yg sama walaupun tak demam tapi ada sakit tekak.. 


Selepas ujian kami pegi makan perut dah lapar masa tu dah pukul 4.00 ptg belum isi perut lagi. Sambil menikmati lunch result pun masuk confirm +ve covid.. !!! abah dan mak ..Bila balik along lapur terus dalam sistem My Sejahtera abah dan mak.. sekejap tu status bertukar warna merah huhu.


Memula di maklumkan kurentin hingga 14hb Feb 2022 iaitu 7 hari dari tarikh di lapur... 3 hari lepas tu tempuh kurentin di ubah sehingga 17hb Feb 2022 .. menjadi 10 hari.

Setiap hari abah perlu update status kesihatan dalam MySejahtera.. pagi sekali petang sekali.. menjawab pelbagai soalan dan membuat bacaan O2 suhu badan dan tekanan darah.. nasib baik semua alat tu ada kat rumah.. ( yg KKM kirim utk alang tu) . Kebanyakan soalan abah jawab no je lah kecuali deman yg ON OFF.. 

Satelah 3 hari +ve baru dapat mesej dari KKM minta abah ke CAC.. Kebetulan CAC area ceras terletak di Bandar Tun Razak.. ok la dekat . Hari sabtu lepas baru la ke CAC.. semasa bersoal jawab dengan petugas di luar dewan dia boleh kata pakcik boleh balik tak perlu masuk.. biar betul jang saya dapat mesej dan voice note minta datang ke CAC berhampiran awak boleh kata saya tak perlu masuk !!

Dia kata abaikan je mesej tu.. agaknya bila dia tau abah tidak bergejala kecuali demam suka2 je dia suruh balik... Tapi abah terus berkeras nak juga jumpa doktor al least saya tau tahap kesihatan saya sebenar... akhir nya dia mengalah dan benarkan abah dan mak masuk along tunggu dalam kereta.

Bila abah masuk ada beberapa kaunter.. dan abah di minta menunggu di kaunter pertama.. di interview oleh petugas di situ misi kot. Soalan nya lebih kurang sama dalam soalan My Sejahtera tu.. belum lagi buat pemeriksaan kesihatan . 

Bila budak muda depan abah ni di panggil utk pemeriksaan kesihatan  abah pun di panggil sama.. memula biar la abah ke depan bersama mak.. tapi dia tetap minta abah ke depan.. Kaunter ni baru buat pemeriksaan asas.. berat badan la tinggi la suhu badan la tekan darah la dan level O2 dalam darah.. Abah juga di minta buat senaman ringan berdiri dan duduk berulang kali dalam kiraan 15. nurse kata semua ok dan abah kena ke kaunter berikut nya


Kaunter ke 3 ni abah ingat tentulah berjumpa doktor bertugas.. tapi bila abah duduk petugas tu minta abah pasang headphone dan ada suara memberi salam di lap top.. muka tak jelas ( duduk dalam gejap kot) tapi nampak la bayang2 sesaorang yg juga memakai headphone di sebalik sana.. abah rasa ini lah doktor nya kot datang ke kaunter tapi tidak bersemuka.. Dia pun mula bertanya pelbagai soalan sejarah kesihatan penyakit sedia ada gejala yg abah rasa dan sebagainya.. Satelah puas hati dia pun kata pakcik boleh balik dan teruskan kurentin di rumah.. Jika keadaan berubah.. terus call ambulan.. 

Tak ada gelang pink pun di pakaikan sebagaimana kes kes sebelum ni.. kata nya lepas 10 hari abah di kira bebas . tak perlu juga swab test kedua.. Status dalam MySejahtera akan di pinda secara otomatik ke biru semula katanya.. tak merasa la pakai gelang viral tu.. hehe

Hari ni abah tak ada demam keadaan normal.. tekak pun rasa ok.. batuk pun tak ada.. alhamdulilah.. Selera makan pun ok.. ( tunggu adik beli) .. mudah2an keadaan ni akan kekal seterusnya insyaallah...  mak pun nampak ok..  syukur alhamdulilah..